Untuk memasang papan tanda atau papan iklan di premis perniagaan anda, terdapat syarat-syarat penting yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan pelanggaran undang-undang yang boleh menyebabkan syarikat anda disaman.

Langkah 1: Memohon Lesen Perniagaan dari PBT.
Setiap kedai yang beroperasi wajib mendapatkan lesen perniagaan dari PBT (pihak berkuasa tempatan) contohnya Majlis Bandaraya Seremban. Pergi ke kaunter PBT dan dapatkan borang lesen kedai atau pohon sencara online. Tanya kepada PBT apakah syarat-syarat visual iklan.
Terdapat 149 unit PBT di seluruh Malaysia terbahagi kepada 3 kategori: Majlis/ Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Sila pastikan apakah PBT kawasan anda.

Langkah 2: Rekabentuk Papan Tanda (Signboard Design)
Setiap design papan tanda perlu mematuhi garis panduan PBT kawasan anda. Setiap negeri terdapat syarat yang berbeza contohnya di Kelantan dan Terengganu mewajibkan penggunaan Tulisan Jawi. Di Negeri Sembilan wajib tulisan Bahasa Melayu lebih besar dari bahasa lain. Sila rujuk syarat visual papan tanda pada PBT kawasan anda.

Syarat DBP Pada Setiap Negeri Tidak Sama




Langkah 3: Sijil DBP (Dewan Bahasa Dan Pustaka)
Anda perlu menghantar design papan tanda ke DBP (Dewan bahasa Dan Pustaka) Bahagian Sah Bahasa. Caranya:
Lawati laman web DBP https://dbpsahbahasa.my. Log masuk dan upload design yang telah dibuat. Setiap permohonan dikenakan cas Rm10. Jika tiada kesalahan tatabahasa, biasanya ambil masa 3 hingga 4 hari bekerja. Kemudian Sijil Sah Bahasa DBP akan sedia untuk dimuat turun.


Langkah 4: Mendapatkan pengesahan dari PBT
Dapatkan pengesahan dari PBT sebelum memasang papan tanda. Pada borang permohonan Lesen Perniagaan lampirkan Lakaran ukuran tulisan pada papan tanda dan Sijil DBP.


Garis Panduan Dan Larangan






Ucetak.com Pembekal Papan Tanda Iklan (Signboard)

Selamat datang ke Ucetak.com, pembekal Signboard Senawang, Seremban, Negeri Sembilan. Kakitangan khidmat pelanggan sedia memberikan khidmat terbaik kepada anda
Hubungi kami di 0184004303
Alamat: 219 Jalan Lavender Heights 2, Senawang, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.
Email: sales.ucetak@gmail.com Tel: 018-4004303