Perlesenan Papan Tanda/ Iklan Premis (Signboard)

Untuk memasang papan tanda atau papan iklan di premis perniagaan anda, terdapat syarat-syarat penting yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan pelanggaran undang-undang yang boleh menyebabkan syarikat anda disaman.

Langkah 1: Memohon Lesen Perniagaan dari PBT.

Setiap kedai yang beroperasi wajib mendapatkan lesen perniagaan dari PBT (pihak berkuasa tempatan) contohnya Majlis Bandaraya Seremban. Pergi ke kaunter PBT dan dapatkan borang lesen kedai atau pohon sencara online. Tanya kepada PBT apakah syarat-syarat visual iklan.

Terdapat 149 unit PBT di seluruh Malaysia terbahagi kepada 3 kategori: Majlis/ Dewan Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Sila pastikan apakah PBT kawasan anda.

Contoh Lesen Perniagaan yang dikeluarkan oleh pelbagai PBT

Langkah 2: Rekabentuk Papan Tanda (Signboard Design)

Setiap design papan tanda perlu mematuhi garis panduan PBT kawasan anda. Setiap negeri terdapat syarat yang berbeza contohnya di Kelantan dan Terengganu mewajibkan penggunaan Tulisan Jawi. Di Negeri Sembilan wajib tulisan Bahasa Melayu lebih besar dari bahasa lain. Sila rujuk syarat visual papan tanda pada PBT kawasan anda.

Elemen yang perlu ada pada paparan papan tanda

Syarat DBP Pada Setiap Negeri Tidak Sama

Di Kelantan wajib guna tulisan Jawi pada papan tanda.
Di Negeri Sembilan Bahasa Melayu perlu lebih besar dari Bahasa Inggeris

Di Melaka wajib menggunakan tulisan 3D berlampu
Pihak PBT tidak membenarkan penggunaan Bahasa Melayu yang salah.

Langkah 3: Sijil DBP (Dewan Bahasa Dan Pustaka)

Anda perlu menghantar design papan tanda ke DBP (Dewan bahasa Dan Pustaka) Bahagian Sah Bahasa. Caranya:
Lawati laman web DBP https://dbpsahbahasa.my. Log masuk dan upload design yang telah dibuat. Setiap permohonan dikenakan cas Rm10. Jika tiada kesalahan tatabahasa, biasanya ambil masa 3 hingga 4 hari bekerja. Kemudian Sijil Sah Bahasa DBP akan sedia untuk dimuat turun.

Daftar dan log masuk ke web DBP Sah Bahasa
Setelah diluluskan sila download sijil

Langkah 4: Mendapatkan pengesahan dari PBT

Dapatkan pengesahan dari PBT sebelum memasang papan tanda. Pada borang permohonan Lesen Perniagaan lampirkan Lakaran ukuran tulisan pada papan tanda dan Sijil DBP.

Lakaran ukuran tulisan pada papan tanda
Kerja pemasagan papan tanda


Garis Panduan Dan Larangan

Papan tanda melebihi aras bumbung tidak dibenarkan
Papan iklan premis dengan imej tidak sopan tidak dibenarkan
Papan tanda sisi terlalu rendah tidak dibenarkan
Papan tanda menghalang tingkap laluan kebakaran tidak dibenarkan oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat
Untuk Bahasa Inggeris perlu terjemahan Bahasa Melayu
Kain rentang (banner) tidak boleh dijadikan sebagai signboard

Ucetak.com Pembekal Papan Tanda Iklan (Signboard)

graphic designer seremban

Selamat datang ke Ucetak.com, pembekal Signboard Senawang, Seremban, Negeri Sembilan. Kakitangan khidmat pelanggan sedia memberikan khidmat terbaik kepada anda

Hubungi kami di 0184004303


Alamat: 219 Jalan Lavender Heights 2, Senawang, 70400 Seremban, Negeri Sembilan.
Email: sales.ucetak@gmail.com Tel: 018-4004303